Faedah Fungsi MSM
1) Pengurusan Isi Kandungan Teks / HTML | |
Pengguna boleh menambah atau mengemaskini isikandungan menggunakan borang yang disediakan. Hanya isi borang, isikandungan akan dijana secara otomatik di halaman utama surat jualan. Pengguna boleh memilih samada menggunakan borang teks biasa atau HTML menggunakan WYSIWYG editor. | |
Isikandungan Surat Jualan boleh ditambah mengikut blok/section. Pengguna tidak terikat untuk menambah isikandungan hanya menggunakan 1 borang/form sahaja. Jika keseluruhan kandungan surat jualan hanya dikawal oleh satu borang sahaja, ini menyusahkan pengguna untuk mengemaskini kandungan. | |
Dengan MSM, setiap isikandungan boleh dipecah-pecahkan mengikut blok, sebagai contoh kandungan Headline Utama 1 Blok, Pengenalan Produk 1 Blok, Testimoni 1 Blok dan seterusnya. Jadi apabila pengguna ingin mengemaskini kandungan Testimoni sahaja contohnya, maka boleh edit blok Testimoni yang berkenaan sahaja, MSM hanya load kandungan utk blok berkenaan sahaja untuk diedit, bukan keseluruhan surat jualan. Ini mempercepatkan proses kemaskini kerana sistem dapat load dengan cepat, kerana tidak perlu load keseluruhan surat jualan. | |
Selain daripada itu, MSM juga mempunyai ciri-ciri susunan blok. Oleh yang berkenaan, jika pengguna ingin menukar susunan kandungan mengikut blok2 kandungan menjadi sangat mudah. Sebagai contoh, Kandungan Surat Jualan pengguna seperti berikut:
| |
Setiap blok kandungan diatas disusun mengikut nombor seperti diatas. Pengguna boleh edit semula susunan kandungan berkenaan, menjadi seperti berikut:
| |
Dengan ciri-ciri ini, susunan kandungan lebih mudah, tidak perlu lagi copy paste kandungan seperti biasa yang dibuat oleh pengguna-pengguna yang menggunakan html editor biasa seperti NVU atau Dreamweaver atau CMS lain yang bergantung pada 1 borang untuk menguruskan isikandungan. (Sila Rujuk Video Fungsi Pengurusan Kandungan dibawah) | |
2) Pengurusan Isikandungan Video | |
Untuk menambah isikandungan video, pengguna hanya perlu isi borang sahaja, selebihnya MSM uruskan, tidak perlu lagi copy paste embedded code yang mungkin boleh rosak jika pengguna yang tidak mahir/newbie membuat kesilapan semasa copy paste embedded code video. | |
Kandungan video juga boleh disusun mengikut nombor dan dimasukkan kedalam web jualan mengikut blok.(Sila Rujuk Video Fungsi Pengurusan Kandungan Video dibawah) | |
3) Pengurusan Isikandungan / Ruang Borang Opt-In / Autoresponder | |
Sama juga seperti mengurus/menambah kandungan video, untuk menambah borang Opt-In atau Autoresponder, pengguna hanya perlu isi borang sahaja, selebihnya MSM akan menjana borang AR secara otomtik. (Sila Rujuk Video Fungsi Pengurusan Kandungan Autoresponder dibawah) | |
4) Pengurusan Isikandungan / Page Tambahan (OTO- One Time Offer, Tawaran Istimewa, Testimoni, Soalan Lazim, Bonus, Bantuan / Sokongan, Borang Hubungi Kami, Produk & Perkhidmatan | |
MSM bukan sahaja membolehkan pengguna menambah isikandungan di halaman utama surat jualan sahaja, pengguna juga boleh menambah isikandungan dan page tambahan seperti page OTO, Tawaran Istimewa, Page Soalan Lazim, Page Hubungi kami(Termasuk Borang Hubungi Kami), Page Berita terkini dan pelbagai lagi. | |
Konsep menguruskan isikandungannya adalah sama seperti pengguna menguruskan isikandungan Surat Jualan, ada fungsi Kandungan mengikut blok & Susunan. Berikut adalah contoh2 isikandungan yang saya aktifkan di halaman rasmi MSM:
| |
5) Pengurusan Butang & Link Pembelian | |
Menambah Butang Pembelian sangat mudah dengan MSM, pelbagai jenis rekabentuk butang pembelian telah disediakan oleh MSM, pengguna hanya klik dan pilih sahaja butang pembelian yang ingin digunakan. Butang ini yang akan diklik oleh pelanggan untuk membeli produk kita. | |
Jika pengguna mempunyai rekabentuk butang pembelian sendiri untuk digunakan, pengguna boleh upload terus menggunakan borang upload yang disediakan. | |
Pautan link ke page pembelian akan dijana secara otomatik oleh MSM, jadi pengguna tidak perlu membuat link ke page pembelian. Hanya pilih butang yang ingin digunakan sahaja. | |
6) Pengurusan Maklumat Bank (Cara Menerima Bayaran) | |
MSM telah menyediakan borang untuk pengguna memasukkan maklumat bank seperti penama, no akaun bank, pilihan bank dan logo bank yang berkaitan, pengguna hanya perlu klik dan isi borang sahaja, maklumat bank yang telah diisi berkenaan akan otomatik dijana di halaman pembelian/pengesahan pembayaran. | |
Pengguna boleh masukkan/tambah seberapa banyak maklumat bank yang diperlukan dan ianya akan dipaparkan pada page pembelian/pembayaran, tiada had. | |
7) Pengurusan Fungsi Media Sosial (Facebook Comment, LIKE / Send, Twitter & Google Plus) | |
MSM juga telah menyediakan borang, untuk pengguna mengaktifkan Fungsi Komen Facebook, Facebook Like/Send, Twitter & Google+. | |
Pengguna hanya perlu klik dan isi borang sahaja. Integrasi Facebook dan media sosial berkenaan telah dijana oleh MSM secara otomatik, tidak perlu lagi copy paste code ke dalam source code laman web pengguna, ini amat menyusahkan pengguna-pengguna Newbie yang tidak mahir melihat kod HTML. (Sila Rujuk Video Fungsi Media Sosial dibawah) | |
8) Integrasi Google Analytic | |
Google Analytics ini amat penting untuk kita track dan melihat statistik visitor/pengunjung laman web jualan kita. | |
Dengan MSM, pengguna hanya perlu isi 1 sahaja maklumat ke dalam borang yang disediakan oleh MSM. Seterusnya Fungsi Google Analytics akan aktif secara otomatik. | |
9) Pengurusan SEO | |
Salah satu fungsi penting yang disediakan oleh MSM ialah Pengurusan Profil Web MSM/Konfigurasi Global. Melalui ruangan ini, pengguna boleh mengemaskini dan menetapkan Tajuk Laman Web, Description dan Keyword dalam web jualan mereka untuk tujuan SEO(Search Engine Optimisation) | |
Pengguna hanya perlu klik dan isi borang yang disediakan sahaja. Selebihnya MSM yang uruskan.(Sila Rujuk Video Fungsi Konfigurasi MSM dibawah) | |
10) Pengurusan Rekabentuk / Template | |
MSM telah menyediakan beberapa rekabentuk template yang boleh digunakan bersama Web MSM. Pengguna hanya perlu pilih dan klik rekabentuk yang mereka ingin gunakan. | |
Selain daripada itu, pengguna juga boleh upload rekabentuk header sendiri yang ingin digunakan melalui borang upload header/footer yang disediakan. Klik2 isi borang, selesai. :) | |
11) URL Login Pentadbiran Dinamik & Ciri-ciri Keselamatan/Security Features | |
Ini adalah salah satu ciri-ciri keselamatan(Security Features) yang disediakan oleh MSM yang jarang dapat dilihat pada mana-mana CMS yang lain. | |
Untuk melihat borang Login ke Ruangan Pentadbiran, pengguna perlu mengguna URL seperti berikut: http://www.namadomain.com/pentadbiran=kodrahsia kodrahsia pada URL berkenaan boleh ditukar kepada kod unik dan ianya adalah rahsia pemilik web MSM, sebagai contoh: http://www.namadomain.com/pentadbiran=Xyhd793 Oleh itu hanya pemilik web sahaja yang tahu kod berkenaan untuk log masuk ke ruangan pentadbiran. Ini menyusahkan hacker untuk cuba log masuk ke ruangan pentadbiran, kerana sebelum mencuba untuk login, hacker/penggodam juga perlu tahu terlebih dahulu kod rahsia berkenaan untuk mencuba login, tanpa kod berkenaan, hacker tidak berpeluang langsung untuk cuba log masuk ke ruangan pentadbiran. | |
Jadi terdapat 2 layer keselamatan dalam MSM: 1. URL Dengan kod Sekuriti 2. Login Ruangan Pentadbiran. | |
MSM mengambil berat tentang keselamatan, dizaman ini terdapat ramai penggodam/pengguna yang tidak bertanggungjawab yang sering menggangu dan menyusahkan pemilik laman web. Oleh yang berkenaan, ciri-ciri keselamatan seperti ini diharap dapat mengurangkan risiko Web Jualan pelanggan daripada diganggu. | |
12) Pengurusan Produk Digital | |
Dengan menggunakan MSM, pengguna boleh menetapkan folder yang "selamat" untuk menyimpan fail2 produk digital. "Selamat" yang dimaksudkan ialah folder berkenaan duduknya diluar root folder akaun hosting(luar public_html). Langkah ini amat penting bagi mengelakkan penggodam/hacker atau pengguna yang tidak bertanggungjawab mengongsikan folder produk kepada pengguna lain untuk download produk digital berkenaan secara tidak sah. | |
Selain daripada itu, pautan download produk yang dijana secara otomatik oleh MSM juga tidak boleh dikongsikan kepada pengguna lain bagi mengelakkan aktiviti download produk secara tidak sah. | |
MSM telah menyediakan borang yang mudah untuk diisi untuk pengguna menambah fail-fail produk digital yang bakal dimuat-turun oleh pelanggan yang membeli produk berkenaan. Fail-fail produk berkenaan boleh dimasukkan tanpa had. | |
13) Fungsi Back Up | |
Hanya dengan 1 klik, pengguna boleh backup keseluruhan fail laman web termasuk database. Fail backup ini boleh digunakan semula untuk restore laman web pengguna jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti server crash, server tidak backup akaun hosting dengan betul dan sebagainya. |
Masih kurang faham...??? Jangan bimbang dan sila tonton video-video di bawah...
Video Menguruskan Kandungan Bahagian 1
Video Menguruskan Kandungan Bahagian 2
Video Menguruskan Kandungan Bahagian 3
Video Global Configuration
Pasang Rekabentuk Minisite Sendiri - Bahagian 1
Pasang Rekabentuk Minisite Sendiri - Bahagian 2
Video Penetapan Fungsi Media Sosial
Video Menguruskan Menu
Video 1 Klik Backup
Video Menjana Borang Autoresponder/Opt-in Form - Getresponse
Tempah Pakej Asas MSM ini dengan harga RM197.00 sekarang!
(Perisian MiniSite Mudah Sahaja)
Tempah Pakej Lengkap MSM ini dengan harga RM297.00 sekarang!
(Perisian MiniSite Mudah+Pendaftaran Nama Domain(.com, .net)+Akaun Web Hosting)
"Pesanan Anda Dilindungi Oleh Jaminan Wang Balik 30 Hari Dari Kami"
Apa hebatnya MiniSite MUDAH berbanding yang lain...???
|
|
|
|
|
Login Pentadbiran | ||||
Pengurusan Kandungan | Tiada, Kemaskini Manual | |||
Pengurusan Menu | Tiada, Kemaskini Manual | |||
Fungsi Sosial Media | Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul | Tiada, tapi boleh ditambah secara Manual | ||
Pengurusan Bank(Cara Terima Bayaran) | Tiada, maklumat bank dimasukkan secara manual | Tiada, maklumat bank dimasukkan secara manual | ||
Borang Pengesahan Pembayaran | Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul | Ada, tetapi Kemaskini Manual, perlu integrasi dengan sistem affiliate | ||
Affiliate | Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul | Tiada, boleh ditabah secara manual | ||
Pengurusan Jualan | Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul | Tiada, semua jualan cek melalui email | ||
Pengurusan Pelanggan | Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul | |||
Pengurusan SEO | Tiada, Kemaskini Manual | |||
Pengurusan Produk | Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul | Tiada, Kemaskini Manual | ||
Modul Backup, 1 KLIK | Tiada, backup biasanya dijalankan secara manual melalui cpanel | Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul | Tiada, backup biasanya dijalankan secara manual melalui cpanel | |
Isi Kandungan Tambahan | Tiada, Kemaskini/Tambah secara Manual | |||
Page Pelanggan/Login | Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul | |||
Pengurusan Fail Produk Digital/Download Page | Tiada, deliver produk secara manual melalui email atau ruangan download yang tidak selamat(link/folder rahsia) | |||
Keselamatan Fail Produk(Download) | Selamat | Tidak Diketahui | Tidak diketahui | Tidak Selamat |
Pengurusan Rekabentuk/Template | ||||
Had Bilangan Produk | Tiada Had | Terhad | Tiada Had, tapi perlu install addon/modul | |
Pengurusan Butang/Link Belian | ||||
Pengurusan Opt-In Form/Autoresponder | ||||
Pengurusan Kandungan Video | Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul | Tiada, Kemaskini Manual | ||
Kesesuaian Jenis Produk | Digital, Fizikal, Perkhidmatan(all in one) | Terhad kepada jenis digital sahaja atau fizikal sahaja | Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul | Setiap jenis produk perlu ditambah/dikemaskini secara manual |
Integrasi Google Analytics | Tiada, tapi boleh dinaik taraf/perlu install addon/modul |
No comments:
Post a Comment