Thursday, 12 July 2012

PERHATIAN! Perisian ini bakal mengubah trend Industri Pemasaran & Perniagaan Internet di Malaysia…
MILIKI Perisian ‘MiniSite MUDAH’ Anda SEKARANG Dan Bina Seberapa Banyak Minisite Jualan Tanpa Perlu Mengupah Orang Lain
Kini anda boleh membina sendiri MINISITE anda dengan mudah dan pantas semudah Klik, Isi Tempat Kosong & Siap…
Dalam masa yang sama anda juga boleh jana RIBUAN RINGGIT dari PERISIAN MINISITE ini dan kesemua ini boleh anda miliki tanpa perlu menjadi pakar dalam ’PROGRAMMING’, CMS mahupun HTML. Untuk tahu bagaimana anda boleh melakukannya sila teruskan bacaan anda...
TAWARAN TERHAD! Beli Satu Dapat Satu Lesen Tambahan PERCUMA!


Oleh : Yasir Arafat bin Sepaat.
Lokasi : Taman Nusantara, Nusajaya Johor.
Sahabat,
Perniagaan internet selalunya tidak boleh lari dari MINISITE Jualan. Usahawan-usahawan internet tidak kiralah samada ia menjual :
Produk digital
Produk fizikal ataupun
Perkhidmatan
...memerlukan sebuah MINISITE untuk menjual apa yang mereka ingin pasarkan.
MINISITE seumpama TINGKAP kepada duit untuk masuk ke dalam akaun anda dan tanpanya mungkin sukar untuk anda menjual di internet.
Selalunya secara majoriti seorang usahawan internet akan mengupah orang lain untuk membina MINISITEnya.
Paling murah dalam pasaran kos upah bagi sebuah MINISITE adalah sebanyak RM300 ke RM350. Ini belum termasuk kos Copywriting antara RM350 ke RM500 dan kos Sistem Affiliate, Upah Pemasangan serta Integrasi yang mencecah RM100 ke RM250. Jadi untuk kos upah keseluruhan sebuah MINISITE yang tersedia untuk digunakan adalah sebanyak antara RM750 ke RM1,100. Mahal kan...???
Bayangkan jika anda boleh membina sendiri MINISITE anda... jadi kos(upah) pembinaan MINISITE anda adalah ZERO dan anda hanya menanggung kos Copywriting dan kos Perisian Minisite Mudah sahaja.
Namun jika anda boleh hasilkan sendiri Copywriting anda, maka kos keseluruhan MINISITE Jualan anda tersebut adalah RM_____ sahaja!
Kos Upah Bina Minisite + Kos upah Copywriter = ZERO
Bayangkan berapa yang anda bakal jimat jika anda mampu hasilkan beberapa MINISITE jika kos upah bagi membina Minisite serta copywriting menjadi Sifar atau ZERO.


Macam mana nak bina MINISITE sendiri padahal saya bukan tahu pasal PROGRAMMING...???
Anda jangan bimbang kerana anda tidak perlu tahu pasal ’PROGRAMMING’ untuk membina sebuah MINISITE yang kelihatan PRO. Tak percaya...??? Nanti saya akan dedahkan kepada anda bagaimana anda boleh melakukannya.
Sebelum itu biarlah saya cerita sedikit tentang CMS yang mempunyai kaitan penting dalam membina sebuah MINISITE.
Walaupun tanpa pengetahuan tentang CMS ini anda sudah boleh membina MINISITE anda sendiri sekurang-kurangnya bila orang menyebut perkara ini tidaklah anda ternganga kebingungan.
Apa Itu CMS?
CMS(Content Manegement System) atau dalam bahasa Melayunya Sistem Pengurusan Kandungan merupakan sebuah sistem yang membolehkan pemiliknya mengurus, menambah dan mengemaskini isikandungan serta lain-lain penetapan atau ’configuration’ dengan lebih mudah dan secara automatik.
CMS ini biasanya dipasang terlebih dahulu di dalam akaun hosting, dan kemudian segala urusan pengurusan isikandungan dijalankan secara online.
Jadi anda tidak perlu lagi membuat atau mengemaskini kandungan halaman web anda dari komputer anda menggunakan editor seperti NVU atau Dreamweaver.
Anda juga tidak perlu lagi transfer fail-fail laman web anda menggunakan FTP program setiap kali ingin mengemaskini atau menambah isikandungan baru.
Dengan menggunakan CMS, anda hanya perlu login sebagai pentadbir web, kemudian klik menu untuk menambah atau mengemaskini isikandungan laman web anda. Ianya MUDAH, CEPAT & Berkesan seperti yang anda lihat didalam video diatas.
Kepada yang biasa menggunakan Wordpress dan Blogger.com, sebenarnya anda telah pun menggunakan CMS, Wordpress dan Blogger adalah contoh CMS, mudah untuk anda mengemaskini atau menambah isikandungan bukan?
Terdapat banyak CMS dipasaran selain wordpress dan blogger.com. Antaranya ialah seperti Joomla, Drupal, phpnuke dan banyak lagi.
Siapa saya dan bagaimana saya boleh bantu anda dalam hal ini... ???
Saya Yasir Arafat bin Sepaat. Memiliki Sijil Diploma IT dari Akademi Infotech MARA(1996-1998)(Kini lebih dikenali Sebagai Universiti Kuala Lumpur) & Sijil Diploma IT NCC UK(National Computing Center)
Berpengalaman dalam bidang pembangunan laman web sejak 1999.(Hampir 13 Tahun). Pada tahun yang sama, saya membuka perniagaan kafe siber, sambil menjalankan aktiviti pembangunan laman web.
Berkemahiran dalam membangunkan laman web Dinamik menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP & MySQL database.
Berpengalaman membangunkan laman web syarikat, korporat, agensi kerajaan. Kategori laman web Dinamik yang saya pernah bangunkan adalah seperti ecommerce, portal, membership/keahlian, komuniti, forum, sistem/aplikasi online, pengiklanan(classifieds ads site), business directory dan pelbagai lagi.
Saya juga pernah dijemput sehingga ke Munich Germany untuk membangunkan laman web & Sistem Pembelajaran secara Online(e-Madrasah) untuk sebuah masjid disana.

Gambar dibangunan Masjid di Germany untuk projek e-Madrasah.
Selain daripada membangunkan halaman web & pembangunan sistem online, saya juga aktif memberikan latihan CMS Joomla dengan kerjasama JomTraining kepunyaan En Zaki yang juga seorang Internet Markerter & Usahawan Latihan sepenuh masa.
Peserta-peserta latihan saya terdiri daripada pelbagai lapisan pengguna termasuk guru, lecturer, kakitangan IT syarikat swasta dan kerajaan, pelajar, usahawan, pesara kerajaan dan pelbagai lagi.
Bergambar bersama peserta latihan CMS Joomla di JomTraining.
Antara pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakan khidmat saya.
Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah – www.fadzilahkamsah.com
Syarikat Training Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah – www.excel-training.com.my
Dato Stapa Omar(Jutawan DCL) – www.dcl.com.my
Dato Azlina(Jutawan Dnavechee Beauty) – www.dnavechee.com.my
Sepang Air Craft Engineering(Syarikat MRO-Repair & Overhaul Kapal Terbang Air Asia) – www.sepangaircraft.com
Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Selangor – www.jpbdselangor.gov.my
Jabatan Kerja Raya Melaka – www.jkrmlk.gov.my
Jabatan Kerja Raya Terengganu – terengganu.jkr.gov.my
Untuk membangunkan laman web pelanggan-pelanggan saya, saya perlu mendaftar akaun web hosting untuk setiap projek, oleh yang berkenaan, saya mengambil keputusan untuk memiliki server web hosting sendiri untuk menjimatkan kos.
Alhamdulillah sehingga kini server web hosting saya berjalan dengan lancar dan sekaligus menjadi salah satu cabang perniagaan online saya. Anda boleh melayari laman web hosting saya di www.usahawanterbilang.com
Saya minta kebenaran & restu Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah untuk menggunakan branding Usahawan Terbilang ini. :)
Selain daripada itu, Dato' Stapa & Isterinya Dato' Azlina juga pernah mendapatkan khidmat saya untuk halaman web perniagaan mereka iaitu DCL & Dnavechee (www.dcl.com.my & www.dnavechee.com.my)
Gambar : Saya, Dato Stapa, Amir sahabat saya dan juga Faisal Abdullah yang juga seorang Full Time Internet Marketer ketika kami membuat kerja-sama dengan Syarikat DCL kepunyaan Dato Stapa.
Selain daripada syarikat korporat, saya juga berpengalaman membangunkan halaman web Agensi Kerajaan dan Alhamdulillah, kesemua laman web kerajaan yang saya bangunkan mendapat taraf 5 Bintang.
Bukan tujuan saya untuk saja-saja nak besarkan diri di depan anda. Nak tunjuk hebat di depan anda kerana anda lebih hebat dari saya.
Saya ingin tunjukkan bahawa laman web @ minisite tidak boleh dipisahkan dari hidup saya dan saya merupakan orang yang betul untuk anda rujuk segala persoalan tentang Minisite.
Semuanya bermula apabila saya melihat ada kekurangan dalam dunia IM tempatan...
Apabila saya menceburi dunia Internet Marketing saya melihat ramai usahawan-usahawan memerlukan MINISITE untuk memasar dan menjual produk-produk atau perkhidmatan mereka.
Untuk membina MINISITE tersebut usahawan terpaksa keluarkan kos paling rendah pun RM300.
Pada saya yang sudah pakar dalam pembinaan laman web ini berasa tertekan dan memikirkan kenapalah mereka sanggup keluar duit begitu banyak sedangkan pada saya sebuah MINISITE tersebut terlalu kacang untuk dihasilkan.
Siapa sahaja boleh membinanya.
Dari itu saya mula memikirkan alangkah bagusnya jika saya dapat hasilkan satu perisian supaya siapa sahaja boleh membina MINISITE tanpa perlu mahir dalam ’programming’ atau perkara-perkara teknikal yang berat bagi membina sebuah MINISITE.
Dengan ilmu serta pengalaman yang saya ada maka terhasillah satu perisian yang bakal membantu anda untuk membina MINISITE Pro anda walaupun anda tiada pengetahuan atau pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan laman web atau MINISITE. Perisian tersebut saya panggil...
MEMPERKENALKAN...
MiniSite MUDAH
Cara Mudah & Pantas Untuk Membina Minisite Jualan
Minisite MUDAH @ MSM adalah perisian/aplikasi web yang digunakan untuk menguruskan kandungan/laman web secara dalam talian, orang-orang yang biasa dengan terma teknikal IT, biasanya mengenali perisian seperti ini sebagaiCMS(Content Management System).
Bezanya dengan aplikasi perisian-perisian yang MSM dicipta khusus bagi pembangunan MINISITE Jualan.
Selain daripada itu, MSM juga telah dilengkapi dan diintegratekan dengan Skrip Sistem Affiliate Lite(SAL)Keluaran Amirol. Saya merupakan salah seorang Pemegang Lesen PLR SAL yang sah.
Mari kita lihat apakah yang terkandung di dalam MiniSite MUDAH...
Kemampuan MSM melalui ciri-cirinya...
Pengurusan Isikandungan Teks/HTML(Surat Jualan, Testimoni, Bonus dan lain-lain)
Pengurusan Isikandungan Video
Pengurusan Isikandungan/Ruang Borang Opt-In Form/Autoresponder(GetResponse, Aweber, TrafficWave, ListWire dan Custom)
Pengurusan Isikandungan /Page Tambahan(OTO – One Time Offer, Tawaran Istimewa, Testimoni, Soalan Lazim, Bonus, Bantuan/Sokongan, Borang Hubungi Kami, Produk & Perkhidmatan.
Pengurusan Butang & Link Pembelian
Pengurusan Maklumat Bank(Cara Menerima Pembayaran)
Borang Pengesahan Pembayaran Siap sedia(tidak perlu edit atau diintegrasikan secara manual.
Integrasi Penuh dengan Sistem Affiliate Lite(SAL) - Tidak perlu lagi bersusah payah membuat integrasi borang atau kod Affiliate Tracking. Dengan MSM semua dah siap.
Pengurusan Data/Rekod Jualan & Pelanggan
Ruangan Login Ahli untuk muat-turun produk digital(Fungsi Keahlian)
Pengurusan Fungsi Media Sosial(Facebook Comment, Like/Send, Twitter & Google Plus.
Integrasi Google Analytics.
Pengurusan SEO
Pengurusan Rekabentuk/Template
Pengurusan Menu
URL Login Pentadbiran Dinamik
Pengurusan Produk Digital
Fungsi Backup


dan pelbagai lagi ciri-ciri yang menarik!
Berikut pula adalah ciri-ciri tambahan yang akan dibangunkan kelak...
Facebook Profile Badges
Facebook Page Badges
Page Khas untuk paparan/integrasi di Fan Page
Komisyen Recurring Affiliate
Integrasi dengan Autoresponder iContact
Integrasi Kandungan Video Vimeo
Fungsi popup/exit popup
Fungsi Newsletter/Emel Broadcast
Fungsi Todo & Checklit(Senarai Tugasan & Status)
Fungsi Kupon Diskaun
Fungsi Penuh Keahlian(Membership Bulanan/Tahunan)
Fungsi Export Data Pelanggan ke format .sql & .csv
Borang Dinamik(Tambah/Hapus/Kemaskini Field borang)
Installer Template Rekabentuk & Plugin
dan lain-lain ciri-ciri tambahan berdasarkan permintaan pelanggan sedia-ada MSM.
Minisite yang sedang anda baca ini juga dibina menggunakan MSM. Tidak perlu lagi saya bersusah payah update atau tambah kandungan baru dilocal pc menggunakan perisian seperti NVU, Dreamweaver dan lain-lain, kemudian nak ftp lagi.
Dengan menggunakan MSM saya hanya perlu login ke dalam sistem dan terus klik kemaskini atau tambah isikandungan baru.
MSM bukanlah satu sistem ikut syok sendiri. Kajian serta ’survey’ terperinci telah saya lakukan sebelum membina perisian ini.
Anda tahu bahawa MINISITE sangat penting bagi anda dan hasrat anda untuk membina sendiri tidak kesampaian kerana anda bukan seorang pakar MINISITE.
Oleh itu MiniSite MUDAH boleh bantu anda membina seberapa banyak pun MINISITE walaupun anda tiada ilmu atau pengalaman dan yang menariknya MSM boleh bantu anda menjana ribuan Ringgit...


(Perisian MiniSite Mudah Sahaja)


Tempah Pakej Lengkap MSM ini dengan harga RM297.00 sekarang!
(Perisian MiniSite Mudah+Pendaftaran Nama Domain(.com, .net)+Akaun Web Hosting)





No comments:

Post a Comment