Tuesday, 21 February 2012
PERLEMBAGAAN ANGKATAN AMANAH MERDEKA
PERLEMBAGAAN
PADA 1 JULAI 2011
"ANGKATAN AMANAH MERDEKA"
(AMANAH)
FASAL 1 NAMA PERSATUAN:
Angkatan Amanah Merdeka
FASAL 2 NAMA RINGKAS PERSATUAN:
"AMANAH"
FASAL 3 ALAMAT PENTADBIRAN
Alamat pentadbiran pertubuhan adalah No. 31 Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur atau ditempat-tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa kesemasa oleh Majlis Pusat.
FASAL 4 LOGO PERSATUAN:
Dinamakan "Obor Perjuangan"
Obor yang mara kehadapan dan digenggam erat melambangkan IKATAN BERPADU rakyat Malaysia yang mahu melonjak maju menjadi juara. 2
FASAL 5 BENDERA PERSATUAN:
Mengandungi 4 warna utama dan dilengkapkan dengan Obor Perjuangan:
Putih - Melambangkan Keikhlasan, Ketelusan dan Kesucian. (Sincerity, Transparency and Purity)
Biru - Melambangkan Keharmonian, Ketenangan dan Kedamaian. (Harmony, Peace and Stability)
Merah - Melambangkan Keberanian, Kesungguhan dan Pengorbanan (Courage, Determination and Sacrifice)
Kuning - Melambangkan negara Raja Berperlembagaan
FASAL 6 VISI PERJUANGAN
Menyedarkan, Menginsafkan dan Memahatkan semula kesepaduan serta semangat kekeluargaan dan keikhlasan jati yang wujud dikalangan seluruh rakyat Malaysia semasa diperjuangkan Kemerdekaan dahulu. Sekaligus, benar-benar bermula hidup sebagai satu negara bangsa Malaysia yang adil, saksama, maju dan bahagia berpaksikan "Amanat Merdeka Bapa Malaysia", Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra serta isi kandungan dan roh Perlembagaan Malaysia. 3
Berukunkan sumpahjanji ini maka OBOR PERJUANGAN BANGSA MALAYSIA adalah "Amanat Merdeka Bapa Malaysia" yang berbunyi:
"JIKA KITA BENAR-BENAR MAHU HIDUP SEBAGAI SATU KELUARGA DALAM SATU RUMAH, BERNAMA MALAYSIA, MAKA KITA MESTI IKHLAS ANTARA SATU DENGAN LAIN --- MELAYU, CINA, INDIA, DAYAK, KADAZANDUSUN, SIAM --- ISLAM, BUDDHA,HINDU, KRISTIAN DAN LAIN-LAIN.
JIKA KITA IKHLAS MAKA KITA TIDAK BOLEH KATA APA-APA YANG AKAN MENYAKIT HATI ANTARA SATU SAMA LAIN. KITA JUGA TIDAK BOLEH BUAT APA-APA YANG MENYUSAH HATI ORANG LAIN.
SEBAGAI AHLI KELUARGA YANG IKHLAS KITA MESTI SELALU TOLONG MENOLONG SESAMA KITA. YANG KAYA TOLONG YANG MISKIN. YANG MAJU TOLONG YANG KURANG MAJU. DENGAN CARA ITU BARULAH KITA AKAN JADI SATU BANGSA DAN NEGARA YANG BERSATU PADU DAN KUAT. SEMUA ORANG AKAN BAHAGIA. BARULAH MALAYSIA DIHORMATI OLEH DUNIA."
Bapa Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra. 4
FASAL 7 MISI PERJUANGAN:
(i) Menghidupkan kembali sumpahjanji dan idealisma Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas Kemerdekaan agar seluruh rakyat Malaysia hidup sebagai satu negara-bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan sejahtera.
(ii) Dengan sesungguhnya menyedari, memperakui dan menghormati hak-hak dan kedaulatan Kerajaan negeri-negeri dalam semangat negara Persekutuan sejati serta selaras dengan prinsip demokrasi tulen dan semangat Perlembagaan Malaysia.
(iii) Memastikan institusi-institusi negara mendukung dan menghormati kedaulatan undang-undang, prinsip-prinsip demokrasi, hak serta nilai-nilai sejagat.
(iv) Menyokong dan menegakkan suatu pentadbiran yang:
- benar-benar telus dan
bertanggungjawab
- cekap dan efisyen
- bebas rasuah dan bebas kronisma
- bersih dan ikhlas
- adil dan amanah 5
(v) Melonjakkan kedudukan sosio-ekonomi seluruh rakyat Malaysia agar semuanya dapat mengecapi kehidupan yang benar-benar maju, adil, saksama dan progresif ---secara individu mendokong teguh kemuliaan institusi kekeluargaan dan nilai-nilai murni lain dan secara kolektif terikat kukuh sebagai ahli keluarga besar yang jati dan ikhlas sejajar dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan bagi masa depan bersama.
(vi) Mendukung suatu Dasar Ekonomi yang dapat meningkat dan meneruskan suatu tahap kehidupan yang tinggi untuk seluruh rakyat, berasaskan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan dan seimbang selaras dengan Perlembagaan negara dan dibawah suatu sistem kewangan yang stabil.
FASAL 8 KEAHLIAN:
(i) Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas.
(ii) Untuk pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan. 6
(iii) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agong untuk kelulusan. Majlis Pusat berhak, mengikut budibicaranya, meluluskan sebarang permohonan.
FASAL 9 BAYARAN YURAN KEAHLIAN DAN BAYARAN LAIN-LAIN:
Segala pembayaran yuran keahlian adalah mengikut kaedah dan kadar yang akan ditetapkan oleh Majlis Pusat dari semasa ke semasa.
FASAL 10 PEMBERHENTIAN AHLI:
Ahli-ahli berhak untuk berhenti menjadi ahli pada bila-bila masa dengan menghantar notis bertulis kepada Sekretariat Pusat.
FASAL 11 STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN
11.1 Persatuan mempunyai majlis diberbagai peringkat seperti berikut:
Majlis Pusat
Majlis Negeri
Majlis Kawasan
Majlis Ranting 7
11.2 Pemilihan atau perlantikan untuk memenuhi Majlis-Majlis disemua peringkat hendaklah mengikut semangat Bangsa Malaysia dan mencerminkan nisbah penduduk sejajar dengan isi kandungan Perlembagaan ini.
11.3 Aturan-peraturan pemilihan bagi semua peringkat hendaklah ditetapkan oleh Majlis Penaja Pusat dan diluluskan oleh Perhimpunan Khas Kebangsaan dalam masa 18 bulan dari tarikh pendaftaran Persatuan.
11.4 Majlis Pusat
(i) Semua ahli-ahli Majlis Penaja Pusat akan terus memegang jawatan untuk tempoh tidak lebih dari 5 tahun dari tarikh pendaftaran pertubuhan.
(ii) Selepas tamat tempoh waktu Majlis Pusat yang pertama maka Majlis Pusat seterusnya hendaklah dipilih setiap 3 tahun.
(iii) Majlis Pusat hendaklah mengandungi anggota seperti berikut:
(a) Presiden - 1
(b) Timbalan Presiden - 8 8
(c) Naib Presiden - 11
(termasuk ketua 3 Sayap --- Wanita, Pemuda dan Srikandi)
(d) Jawatan-jawatan perlantikan oleh Presiden dengan persetujuan Majlis Pusat.
(i) Setiausaha Agung
(ii) Bendahari Agung
(iii) Strategis Komunikasi
(iv) Ketua Kajian Dasar
(v) Ketua Penerangan
(vi) Ketua Sekretariat
(e) Ahli-ahli biasa Majlis Pusat adalah berjumlah 30 orang seperti berikut:-
(i) Wakil Majlis Negeri-Negeri - 14
(ii) Wakil Persatuan dan - 16
Individu
11.5 Majlis Negeri
Untuk 3 tahun yang pertama selepas tarikh pendaftaran Persatuan semua jawatan-jawatan Majlis Negeri adalah dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Majlis Penaja Pusat. 9
Anggotanya adalah seperti berikut:-
(i) Pengerusi - 1
(ii) Timbalan Pengerusi - 3
(iii) Naib Pengerusi - 6
(termasuk ketua 3 Sayap)
(iv) Jawatan Perlantikan
Setiausaha
Bendahari
Strategis Komunikasi
Ketua Kajian Dasar
Ketua Penerangan
Ketua Sekretariat
(v) Ahli-ahli biasa Majlis Negeri:
1 orang mewakili setiap kawasan Parlimen dinegeri berkenaan.
11.6 Majlis Kawasan
Untuk 3 tahun yang pertama selepas tarikh pendaftaran Pertubuhan semua jawatan ini hendaklah dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Majlis Penaja Pusat dan selepas berunding dengan Majlis Negeri. 10
Anggotanya adalah:-
(i) Pengerusi - 1
(ii) Timbalan Pengerusi - 3
(iii) Naib Pengerusi - 6
(termasuk ketua 3 Sayap)
(iv) Jawatan-Jawatan Perlantikan oleh Pengerusi Majlis Kawasan dengan persetujuan Majlis Kawasan:-
(a) Setiausaha
(b) Bendahari
(c) Ketua Penerangan
(v) Ahli-Ahli biasa Majlis Kawasan:
17 orang termasuk 2 wakil, masing-masing dari Sayap Wanita, Pemuda dan Srikandi.
11.7 Majlis Ranting
Untuk 3 tahun pertama selepas tarikh pendaftaran Persatuan, Majlis Ranting hendaklah dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Majlis Penaja Pusat selepas berunding dengan Majlis Penaja Kawasan. 11
Anggotanya adalah:
(i) Pengerusi - 1
(ii) Timbalan Pengerusi - 3
(iii) Naib Pengerusi - 6
(termasuk 3 ketua Sayap)
(iv) Jawatan-jawatan perlantikan oleh Pengerusi Ranting dengan persetujuan Majlis Penaja Ranting.
- Setiausaha
- Bendahari
- Ketua Penerangan
(v) Ahli-ahli Majlis Ranting adalah 14 orang termasuk 2 orang masing-masing dari sayap Wanita, Pemuda dan Srikandi.
FASAL 12 KORUM BAGI SEMUA MESYUARAT
Korum untuk setiap mesyuarat disemua peringkat hendaklah tidak kurang dari 30%.
FASAL 13 PERHIMPUNAN TERTINGGI
13.1 Perhimpunan Tertinggi adalah kuasa teratas untuk memutuskan segala aturan-peraturan mesyuarat bagi semua peringkat. 12
13.2 Perhimpunan Tertinggi pertubuhan yang pertama hendaklah diadakan dalam masa 12 bulan dari tarikh pendaftaran pertubuhan dan selepas itu untuk setiap tahun.
13.3 Wakil-wakil ke Perhimpunan Tertinggi yang pertama hendaklah terdiri dari:-
(i) Majlis Pusat yang telah dilantik.
(ii) Majlis Negeri yang telah dilantik.
(iii) Majlis Kawasan – Pengerusi, Timbalan- timbalan Pengerusi dan Naib-naib Pengerusi yang telah dilantik.
(iv) Wakil-wakil Sayap dari peringkat Pusat – Dua puluh orang wakil dari setiap Sayap Wanita, Pemuda dan Srikandi yang telah dilantik.
13.4 Perhimpunan tertinggi hendaklah diadakan setiap tahun dengan wakil seperti Fasal 12.3 sehingga pemilihan dibuat dalam masa 36 bulan dari tarikh pendaftaran pertubuhan untuk Majlis Kawasan dan Majlis Ranting. Selepas itu, wakil-wakil dari Majlis Kawasan dan Majlis Ranting adalah sebagaimana yang dipilih. 13
13.5 Jika mana-mana ahli Majlis Kawasan telah pun menduduki di Majlis Negeri maka Majlis Kawasan tersebut bolehlah memilih gantinya.
FASAL 14 TEMPOH KUATKUASA MAJLIS PENAJA PUSAT:
14.1 Ahli-Ahli Majlis Penaja Pusat hendaklah disahkan jawatan mereka secara langsung sebaik sahaja pertubuhan didaftarkan.
14.2 Majlis Pusat Pertama akan memegang jawatan tidak lebih dari 5 tahun selepas pendaftaran pertubuhan dan selepas itu akan diadakan pemilihan pertama mengikut aturan-peraturan yang akan diputuskan oleh Perhimpuan Tertinggi mengikut Fasal 13.1
14.3 Ahli-ahli Majlis Pusat yang tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan bagi majlis ini akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatannya didalam Majis tersebut.
FASAL 15 FUNGSI MAJLIS PUSAT
15.1 Fungsi Majlis Pusat ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara- perkara mengenai perjalanan pertubuhan.
15.2 Majlis Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali didalam 2 bulan. 14
15.3 Jika seorang ahli Majlis Pusat meninggal dunia atau meletakkan jawatan maka Presiden dengan persetujuan Majlis Pusat boleh melantik penggantinya.
FASAL 16 FUNGSI PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS PUSAT:
Fungsi pegawai-pegawai Majlis Pusat adalah seperti yang ditetapkan oleh Presiden dengan persetujuan Majlis Pusat dan juga seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan dan aturan- peraturan pertubuhan ini.
FASAL 17 TEMPOH KUATKUASA MAJLIS KAWASAN
(i) Ahli-ahli penaja Majlis Kawasan hendaklah disahkan jawatan mereka oleh Presiden dan Majlis Pusat sebaik sahaja pertubuhan didaftarkan.
(ii) Majlis Kawasan ini akan memegang jawatan selama 3 tahun dari tarikh pengesahan itu.
(iii) Pemilihan pertama untuk Majlis Kawasan ini akan diadakan sebelum 3 tahun dari tarikh pendaftaran pertubuhan.
FASAL 18 TEMPOH KUATKUASA MAJLIS RANTING
(i) Ahli-ahli penaja Majlis Ranting hendaklah disahkan jawatan mereka oleh Presiden dan Majlis Pusat sebaik sahaja pertubuhan didaftarkan. 15
(ii) Majlis Ranting ini akan memegang jawatan selama 3 tahun dari tarikh pengesahan itu.
(iii) Pemilihan pertama untuk Majlis Ranting ini akan diadakan sebelum 3 tahun dari tarikh pendaftaran pertubuhan.
FASAL 19 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN RANTING-RANTING:
19.1 Majlis Pusat boleh membenarkan penubuhan ranting dikawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 ahli.
19.2 Majlis Pusat boleh membubarkan ranting jika didapati mana-mana ranting
tidak mematuhi Perlembagaan pertubuhan atau jika Majlis Pusat mendapatinya bersalah kerana perbuatannya mencemarkan nama baik pertubuhan.
19.3 Adalah menjadi kewajipan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi ranting itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya yang dimiliki oleh ranting beserta dengan penyata kira-kira ranting itu sebaik sahaja pembubaran diputuskan secara muktamad. 16
FASAL 20 KEWANGAN:
(i) Bendahari hendaklah bentangkan Penyata Kira-Kira bulanan kepada Majlis Pusat setiap kali ianya bermesyuarat. Bendahari juga bertanggungjawab melaksanakan segala aturan-peraturan kewangan seperti yang diputuskan oleh Majlis Pusat dan seperti yang menjadi kebiasaan bagi persatuan- persatuan seperti ini.
FASAL 21 JURUAUDIT:
(i) Dua orang yang bukannya pegawai pertubuhan hendaklah dilantik oleh Majlis Pusat sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama yang diputuskan oleh Majlis Pusat dan Perhimpunan Tertinggi.
FASAL 22 FUNGSI PERTUBUHAN
(i) Pertubuhan ini boleh menukarkan objektif dan fungsinya dengan persetujuan tidak kurang daripada 50% jumlah ahli-ahli Majlis Pusat yang hadir mesyuarat.
FASAL 23 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN:
Majlis Pusat berhak membuat tafsiran kepada mana-mana peruntukkan Perlembagaan ini dan aturan-peraturannya yang kurang jelas. Keputusannya adalah muktamad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment