Friday, 27 January 2012

Rumor: iPhone 5 with 4-inch screen expected this summer

Two iPhones(Credit: Apple/CNET)
Apple could be getting back on its summer release schedule for theiPhone, if you want to believe a new rumor.
Citing a "reliable source at Foxconn in China," Apple-focused blog 9to5Mac says Apple's got a handful of sample devices for the next iPhone "floating around," and that based on previous production scheduling, the company could be looking to release a new model this summer.
The blog also notes some changes on these samples compared to previous iPhone models including a 4-inch (or larger) display, and a form factor that looks unlike the currentiPhone 4 and 4S with a "longer/wider" appearance. 9to5Mac also says none of these supposed samples carry a tapered, teardrop shape, a form-factor that rumors leading up to theiPhone 4S unveiling had so heartily suggested.

A return to a summer release schedule would make the next iPhone the first to see a release in less than a year between models. The iPhone 4S was the first phone to get off of Apple's annual schedule, a move that resulted in record-breaking iPhone sales that were detailed in yesterday's quarterly earnings.

As for the 4-inch display rumor, that one has been kicking around for nearly a year, dating back to last February. It first emerged from a snapshot out of China depicting the front screen of what looked like an iPhone with a larger and wider display. Just weeks before, component industry tracker DigiTimes claimed that Apple was eyeing bigger screens, in part to better compete with Android devices. Then in March, purported "mold engineering" drawings cropped up, depicting such a device that looked like an iPhone 4 but with a noticeably larger screen. There was also a report in June from The Verge claiming it had seen device with a 3.7-inch display, complete with a mockup of said device.
Not to be outdone, a report by our own sister site CNET France in September said it heard the next iPhone would use a qHD screen that comes in 960x540 pixels and measures about 4.2 to 4.3 inches diagonally. That's compared to the iPhone 4 and 4S' 3.5-inch display that runs at a higher 960x640 pixels. Finally, there were the slew of cases that hit store shelves just ahead of the iPhone 4S unveiling designed for a slightly larger, but thinner iPhone, based on what was allegedly a prototype device that leaked from a Foxconn manufacturing facility.

So what's to believe about this rumor then? 9to5Mac says this source is the same one who told the outlet that there would be no iPhone 5 last year, suggesting that the company was working on another "S" model instead.

Wednesday, 4 January 2012

7 Amanat Presiden Umno


 Transformasi Politik UMNO

1. Utamakan maruah parti, bukan kepentingan diri.

2. Pentingkan semangat sepasukan, bukan kumpulan sendiri.

3. Tawan hati, pemikiran dan keyakinan rakyat.

4. Kuasai teknologi siber & media maya.

5. Daftarkan 4 juta pengundi baru & dekati mereka.

6. Selesaikan masalah dalaman, jadilah parti sifar masalah.

7.Dahulukan rakyat dalam setiap tindakan.

                                                   


                                                Petikan Ucapan Penggulungan YAB Presiden pada Perhimpunan Agong UMNO 2010

Al-Kelantani

Kelantan Darulnaim Tanahairku

Kelantan Darul Naim (Loghat Kelantan: KlatĨ) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli.
Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%.
Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.
Nama “Kelantan” dikatakan pencemaran daripada perkataan “gelam hutam”, iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan “kilatan” atau “kolam tanah”.
Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah.
Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.
Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil.
Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan.
Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan.
Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.
Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.
Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.
Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.
Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam.
Di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan British maka ia telah demonisasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala(Jala), Narathiwat(Menara), Patani dan Songkla(Senggora).
Di bawah perjanjian British-siam pada tahun 1948 demografi pemerintahan selatan Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand.
Oleh yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani.
Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu.
Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu.

Tuesday, 3 January 2012

Ingin Menjadi Ahli Angkatan Amanah Merdeka

http://member.amanah.my/

Video ini dikirim oleh seorang kawan.....Hayatilah,

Freedom Of Speech

Freedom of speech is the freedom to speak freely without censorship. The term freedom of expression is sometimes used synonymously, but includes any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used. In practice, the right to freedom of speech is not absolute in any country and the right is commonly subject to limitations, such as on libel, slander, obscenity, incitement to commit a crime, etc.
The right to freedom of expression is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). Article 19 of the ICCPR states that "[e]veryone shall have the right to hold opinions without interference" and "everyone shall have the right to freedom of expression; this right shall include freedom to seek, receive and impart information and ideas of all kinds, regardless of frontiers, either orally, in writing or in print, in the form of art, or through any other media of his choice". Article 19 goes on to say that the exercise of these rights carries "special duties and responsibilities" and may "therefore be subject to certain restrictions" when necessary "[f]or respect of the rights or reputation of others" or "[f]or the protection of national security or of public order (order public), or of public health or morals".[1][2]

Angkatan Amanah Merdeka !!!!!

The mission of Amanah:
1. To rekindle the legacy, promise and ideals of Bapa Malaysia and the Founding Fathers so that all Malaysians may live together as members of a truly just, fair, progressive, united and happy national community
2. To earnestly acknowledge, affirm and respect the sovereignty of the constituent states of the Malaysian Federation, consistent with the principles of federalism, consistent with democratic principles and in true spirit of the Constitution
3. To ensure that our national institutions respect and uphold the rule of law, democratic principles, rights and universal values.
4. To support a government and administration that is:
- transparent and accountable,
- truly competent and efficient,
- free of corruption and cronyism,
- clean and honest,
- fair and trustworthy,
that will be fully able to serve its functions and meet its responsibilities, freely and fairly. An administration that will always be mindful of the rights and interests of the people in whose name and cause it is appointed to serve.
5. To promote the socioeconomic well-being of the people, so that all Malaysians may enjoy truly advanced, progressive, fair and equitable lives — individually upholding filial piety and other noble values and collectively joined together in sincere family kinship as members of our national community and as stakeholders in our common national destiny.
6. To support an economic policy that will help achieve and sustain a high standard of living for the people, based on the principle of justice, fairness and balance, consistent with the constitution and under a stable monetary condition.

Mengenal Golongan Khawarij Dan Strategi Perangnya Menggunakan Sentimen Agama

Sejarah merekodkan bahawa “serangan pemusnah yang paling besar” ialah menghalakan segala senjata dan “mucung meriam” kepada pemerintah dan berusaha keras menafikan kebaikan yang dibuat dengan mempertingkat penyebaran maklumat keburukan pemerintah. Matlamat akhirnya supaya rakyat berterusan membenci sebenci-bencinya kepada semua peringkat jentera pentadbiran.

Perasaan tidak puas hati akan terus dimainkan sebaik-baik mungkin dengan menambahkan “pelbagai episod kebencian baru” agar sentimen kemarahan rakyat tidak akan padam dan terus bernyala walaupun nyalaannya kecil sahaja. Rancangan dasar mesti dilakukkan dengan apacara sekalipun dengan menafikan segala kebaikan yang dibuat oleh pemerintah. Seboleh-bolehnya segala kebaikan tersebut hendaklah “dibunuh” sebelum meresap ke dalam jiwa dan pemikiran rakyat.
Golongan seperti ini amat membahayakan ummah kerana pegangannya berdasarkan kepada pentafsiran agama yang dibuat “mengikut selera” mereka sahaja . Lebih bahaya lagi apabila saranan agama dipandang rendah dan kata-kata pemimpin kumpulan ini diutamakan dengan penghormatan yang sangat tinggi sehingga keperingkat “maksum” .
Bahayanya kumpulan ini kepada umat dapat dilihat kesan peristiwa pembunuhan berdarah Saidina Ali pada tahun 661 oleh Ibn Muljam (dari golongan Khawarij) setelah menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan.
Ibnu Muljam sendiri dianggap oleh puak Khawarij sebagai mujahid yang syahid di jalan Allah dan melakukan perbuatan itu sebagai taqarrub kepada Allah dan diberi jaminan oleh pemimpin puak Khawarij akan dimasukkan kedalam syurga. Mereka menggangap Ibnu Muljam sebenarnya tidak membunuh Saidina Ali sebaliknya “membunuh syaitan yang menyerupai beliau”.
Bagi menarik perhatian, pemimpin mereka berselindung dalam menggunakan strategi “mengkafir sesiapa yang tidak sealiran dengan mereka”. Golongan Khawarij juga menggunakan sentimen agama dengan mengangkat slogan “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah,” Seolah-olah hanya mereka sahaja yang mempunyai outoriti bercakap soal agama.
Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran tetapi dengan tujuan yang sangat buruk. Saidina Ali bin Abi Talib pernah menyatakan kepada kumpulan ini dengan katanya “Satu slogan yang benar tetapi dengan tujuan yang batil.”
Di Lebanon juga dikatakan ada puak pelampau yang dinamakan Ahbash. Pengasasnya seorang Habsyi yang bernama Abdullah al-Harari. Beliau dikenali juga dengan al-Fattan, maksudnya penyebar fitnah. Beliau telah membentuk satu jamaah yang begitu ekstrim sehingga mengkafir dan menghalalkan darah sesiapa yang tidak sama dengan kefahaman-kefahaman yang dianjurkan kumpulan anjurkan.
Sebenarnya bahaya kumpulan pelampau dalam agama ini pernah diperingatkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah bersabda
Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap melampau, maka sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama” (Hadis riwayat Ahmad)
Tindakan golongan pengkhianat seumpama khawarij ini boleh merugikan umat kerana cara ini sebenarnya boleh mencampakkan manusia itu kearah kebinasaan. Tindakan seperti ini juga memberi implikasi emosi yang membawa keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat.
Allah berfirman yang bermaksud
dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya” (Surah Al-Baqarah :195)
Strategi demi strategi dilaksanakan musuh Islam demi membunuh roh dan semangat persaudaraan diatur secara bijaksana melalui kumpulan seperti ini hingga mengakibatkan umat Islam akhirnya terpedaya. Nikmat keamanan yang dicita dan diusahakan boleh lebur begitu sahaja. Manakala suasana harmoni boleh berubah menjadi kacau-bilau apabila propaganda halus yang dimainkan ini berjaya meresap masuk kedalam jiwa mereka sehingga berupaya menukar watak seorang muslim sejati.
Allah amat membenci manusia yang apabila berbalah dia melampaui batas. . Firman Allah yang bermaksud
Dan di antara manusia ada mengkagumkan engkau tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, dan dia bersaksikan Allah (bersumpah dengan mengatakan bahawa Allah), padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu Muhammad).” (Surah al-Baqarah: 204)
Golongan yang keras kepala dan angkuh teramat sukar menyokong perdamaian. Mereka ini akan menolak apa yang baik dan benar kerana sikap keras kepala yang tiada hadnya itu. Rasulullah SAW bersabda
Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Golongan ini hanya semata ingin menegakkan hujah yang dia sendiri tahu telah tersasar dari kebenaran. Sifat mazmumah yang membelenggu diri seperti hasad dengki, buruk sangka, balas dendam, takbur, riak dan bongkak disuntik sebagai ubat pelali.
Akhirnya menyebabkan sebahagian umat menjadi khayal dan terpedaya sehingga mengetepikan perkara yang lebih utama dalam agama iaitu menghidupkan amalan silaturrahim yang menjadi tunjang kekuatan ummah. Rasulullah SAW bersabda
Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” (Hadis riwayat Muslim)
Mereka lebih rela bermusuh disebabkan rasa tidak puas hati dan denga irihati yang berterusan. Sebenarnya penyakit inilah yang menjadi punca sebenar sehingga membawa terputusnya semangat persaudaraan. Rasulullah SAW bersabda
Jauhilah kamu akan sifat dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu seperti api memakan kayu atau memakan rumput.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Dalam hadis yang lain Baginda Rasul menyebutkan akan ciri-ciri manusia munafik itu ada empat, salah satunya:
“Apabila dia berbalah, dia jahat”. ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksudnya untuk menang dalam perbalahan, seorang muslim yang berfikiran munafik ini sanggup melakukan tindakan apa sahaja, termasuk menyelewengkan fakta, menipu dan mengelirukan orang ramai dengan menghalalkan cara untuk mencari kemenangan yang tidak diredai, termasuk melakukan huru-hara dan protes jalanan. Seorang ulama besar dalam Mazhab al-Shafie, Abi Ishak al-Juwayni pernah berkata bahawa “Haram melakukan segala perhimpunan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan negara”.

Biasanya manusia akan termakan dan terpengaruh dengan hujah melalui kepetahan seseorang yang bijak dan cekap berpidato. Manusia seperti ini hebat dalam berkata-kata. Biasanya ia berkait dengan aspek penghakiman. Pengaruh hujahan seperti ini memberi kesan yang sangat besar. Berkaitan perkara tersebut, Baginda Rasulullah SAW ada bersabda
Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka.” ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Tindakan untuk menakut-nakutkan seorang muslim yang lain dilarang dilarang oleh agama. Rasululullah SAW telah bersabda
“Tidak halal bagi seorang muslim membuat takut kepada muslim yang lain.” ( Hadis riwayat Ahmad)